PENYAKIT EBOLA
YANG SEMAKIN BERBAHAYA
Penyakit virus Ebola (EVD) atau Demam
berdarah Ebola (EHF)
ialah penyakit yang menyerang manusia disebabkan oleh virus Ebola. Virus ini baru sahaja dikenalpasti dan dianggap sebagai suatu virus
penyakit yang amat berbahaya di dunia[1]. Ebola mudah berjangkit dan boleh membawa maut.
Dalam 50% - 90% kes jangkitan, penyakit ini mengakibatkan kematian, bergantung kepada
jenis virus Ebola punca penyakit. Virus Ebola menyebabkan pesakit menjadi
lemah, kekurangan air,
lesu dan keliru. Tanda-tanda Ebola yang paling jelas merupakan pendarahan di
seluruh tubuh dan di dalam badan. Kematian biasanya berlaku dalam masa 7
sehingga 16 hari disebabkan oleh kejutan dan kehilangan darah yang serius.
Gejala-gejala biasanya bermula dari hari
ke-dua hingga ke tiga minggu selepas dijangkiti virus, dengan demam, sakit tekak, sakit otot, dan sakit kepala.
Kebiasaannya diikuti rasa loya, muntah-muntah, dan cirit-birit,
juga kemerosotan fungsi hati dan buah pinggang.
Pada ketika ini, sesetengah orang mula mengalami masalah pendarahan.
Gmbar di
atas menujukkan Penyakit Ebola
Pada bulan Februari 2014,
virus Ebola telah muncul di Guinea. Ini mewujudkan wabak virus Ebola pertama seumpamanya yang
berlaku di wilayah tersebut. pada tanggal 28 Mac 2014, seramai 103 orang telah
sah dikenal pasti dijangkiti oleh virus dan 66 orang mangsa telah disahkan
meninggal dunia di Guinea, manakala 8 kes di Liberia termasuk 6 kematian, 6 pesakit di Sierra Leonetermasuk 5 kematian. Penyiasatan masih diteruskan sehingga
sekarang.
Wabak yang berlaku dengan
pantas di ibu negara Guinea, Conakry, adalah yang sangat merbahaya seumpamanya
kerana strain virus Ebola ini di kenal pasti begitu cepat menyerang. Negara
yang berpenduduk 2 juta orang itu sangat miskin, terlalu banyak lambakan
setinggan dan kawasan fakir miskin. Sistem perkhidmatan perubatan ternyata
sangat lemah sangat jauh jika dibandingkan dengan negara maju di Eropah yang
lain.\
Oleh
itu,kita hendaklah menjaga kebersihan diri daripada terkena wabak merbahaya
ini. Cuci tgn setiap kali memegang benda-benda yg berbacteria agar tidak mudah
dijangkiti.jika mempunyai sintom yg mencurigakan segeralah berjumpa doctor.
No comments:
Post a Comment